Followers

♥ Like Button ♥

Wednesday, March 14, 2012

Saudaraku

Bashar Assad telah memutuskan bekalan air di Hims

Maka Allah taala menjatuhkan air hujan dan salji yang tidak pernah turun sejak berdekad lamanya.

Hanya kerana untuk memberitahu Bashar sesungguhnya ALLAH lebih agung daripada melupakan hambanya (yang dizalimi)

.............................................................................................


"Wahai Tuhan kami, Engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami, maka kami memohon perlindungan dari kejahatan mereka.

Ya ALLAH, hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh agama. Ya ALLAH pecahkan pakatan, kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah pendirian mereka.

Ya ALLAH, belenggukanlah mereka dengan tentera-tentera Mu Ya ALLAH, Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ya ALLAH yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera ahzab, hancurkanlah mereka, hancurkanlah merka, hancurkanlah mereka dan menangkanlah kami ke atas mereka.

Ya ALLAH, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkan kami daripada azab api neraka."



Sejenak bersama memikirkan nasib saudara-saudara kita, abang-abang kita, adik-adik kita, kakak-kakak kita, ibu-ibu saudara dan juga bapa-bapa saudara kita yang sedang berjuang menegakkan yang hak di bumi Allah...

Ingatlah sesungguhnya DUNIA ini ibarat PENJARA kepada umat ISLAM... insyaAllah Akhirat kekal selamanya,,,

Mereka diuji dengan kesusahan dalam peperangan sedangkan kita diuji nikmat kesenangan hidup... Mereka dijanjikan syurga pada yang berjihad... Sedangkan kita apa jaminan yang kita ada...???

Pesanan untuk diri sendiri yang banyak melakukan dosa... T_T

Sehelai rumput di syurga lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia...
Kerana sehelai rumput di syurga itu kekal berbanding sebutir mutiara di dunia...
Dunia ini hanya sementara....



No comments:

Post a Comment

Kritikan Membina