Followers

♥ Like Button ♥

Friday, December 10, 2010

Bagaikan pelayar.... ;)

Dunia hari ini cukup pantas. Tidak sempat untuk dikejar. Perubahan yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar.


"Dunia is like a shadow, if you try to grab it, you won't be able to do so, but if
 you turn your back towards it, it has no choice but to follow you."

Namun harus diingat, bukanlah tidak mengejar dunia bermaksud kita mengasingkan diri dari masyarakat. Pergi beruzlah di dalam gua nun jauh di hutan sana. Tidak mahu bercampur dengan masyarakat dek kerana banyaknya maksiat. Ingat pesan ulama, orang yang bahagia di akhirat adalah orang yang paling sibuk di dunia!


Masih kita berbicara tentang 'pantas' ataupun 'segera'. Kita semua ingin sesuatu dengan segera. Sukar untuk ditunggu. Semuanya ingin cepat sahaja. Mee maggi cepat dimasak enak dimakan - demikian lagu iklan suatu ketika dahulu.


Sekadar peringatan, kehidupan kita tidak 'sesegera' itu. Untuk kita menjadi diri kita hari ini, ia memerlukan masa bertahun-tahun. Untuk sesorang itu berjaya dalam SPM, kebiasaannya ia memerlukan masa 17 tahun lamanya.


Simple analogy to be added ;
Terdapat sebuah kapal berlayar di sebuah lautan yang luas...
Kemudian kapal tersebut memberhentikan perjalanannya di sebuah pulau kerana mereka telah kehabisan stok makanan...


Mereka semua diberikan masa untuk mencari bekalan sendiri bagi meneruskan pelayaran dan apabila tiba masanya, siren kapal akan berbunyi menandakan mereka akan meneruskan perjalanan yang lebih jauh...
Mereka semuanya berpecah kepada 3 golongan...
Setelah beberapa jam siren kapal dibunyikan...


Golongan pertama begitu takut sekiranya mereka ditinggalkan jadi mereka hanya menunggu di kapal tanpa berusaha mencari makanan...


Golongan kedua terus dan terus mencari makanan dan leka sehingga mereka tidak sedar akan bunyi kapal dan hanya ingin meneruskan kehidupan di pulau tersebut kerana yakin mereka akan survive...


Golongan ketiga kembali semula ke kapal dengan bekalan yang banyak untuk mereka meneruskan perjalanan...
Perjalanan pun diteruskan dan golongan ketiga ditinggalkan di pulau tersebut...


A simple story but meaningful..
Golongan pertama tadi diibaratkan mereka yang terlalu asyik mengejar akhirat tanpa memikirkan kehidupan di dunia... Mereka sanggup tidak memenuhi keperluan hidup mereka.. Mereka merupakan golongan yang rugi kerana mereka hanya hidup untuk beribadah.. Sounds great but at the end they are all losers... Mereka bukanlah khalifah yang memakmurkan bumi ciptaan Allah... Sedangkan Rasulullah SAW juga berkahwin, makan, minum.. Pernah sahabat bertanya kepada Rasulullah, aku tidak akan berkahwin demi menjaga ibadahku.. Kemudian Rasulullah bersabda, aku berkahwin, makan dan minum maka sesiapa yang tidak mengikutinya mereka bukanlah umatku...


Golongan kedua... Mereka juga merupakan antara golongan yang rugi kerana mereka hanya memikirkan dunia... Melupakan akhirat... Mereka fikir mereka boleh survive tapi sampai bila...?? Satu hari nikmat makanan di pulau tersebut akan habis dan mereka mungkin akan mati kelaparan di pulau tersebut... so at the end they are all losers...
Golongan ketiga adalah golongan yang berjaya.... Mereka berjaya di dunia dan di akhirat... Mereka menjalankan kehidupan yang sebaiknya di dunia tanpa mengabaikan kehidupan akhirat....






Pendek kata, kehidupan ini adalah satu proses. Proses memerlukan masa dan komitmen. Lebih menarik lagi, jika sesuatu itu adalah 'proses', maka semua orang boleh melakukannya.
Contoh mudah; masak nasi adalah satu proses. Siapa pun kita, andai kita belajar proses memasak nasi, insyaAllah, hasilnya nasi bukan maggi.


"Kita ada proses untuk ke neraka dan proses untuk ke syurga. Prosesnya tidak sama. Ramai orang kata saya hendak masuk syurga tapi prosesnya menuju ke neraka. Pelik tapi benar. Semacam orang hendak minum kopi tapi dibuatnya nescafe. Maka tepuk dada, tanya jiwa, anda melalui proses yang mana?"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




♥ with love, fara ♥

No comments:

Post a Comment

Kritikan Membina