Followers

♥ Like Button ♥

Monday, September 7, 2009

**BONUS DUNIA VS BONUS AKHIRAT**

Bagi meraikan bulan Ramadhan yang mulia, ada baiknya kita meneliti secara ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini boleh lah dianggap sebagai bulan ‘bonus’ dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan ini dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan Hadis Qudsi yang menyebut : “ Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikanNya, mereka meninggalkan makanan, minuman, dan nafsu syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bonus dan belanjawan
Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita

Soalan : Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?

Sudah tentu jawapannya kerana ; “dapat duit”

Soalan : Mengapa kita seronok bila mendapat duit?

Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.

Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi?
Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang cepat rosak dan ada yang lambat.


Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?

Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

Baiklah, slepas kematian adakah anda masih seronok? Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati?

Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah SWT dan ia pastinya amat panjang..........





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


♥ with love, fara ♥



1 comment:

Kritikan Membina